Voting Rating: 4.5 / 56 votes Vote: 12345 Similar

Tuesday, 6 September 2011

Pakaian dan barang-barang tradisional masyarakat Punan

Ini adalah gambar pakaian tradisional masyarakat Punan bagi lelaki dan juga perempuan. Kita dapat lihat bahawa semua pakaian orang ulu adalah sama. Sebenarnya, perbezaannya dapat dilihat melalui corak manik pada pakaian tersebut.

Ini pula adalah selendang yang dibuat dari manik-manik yang berwarna-warni. Selendang ini biasanya diguna bersama pakaian tradisional pada bahagian bahu. Proses membuat nya adalah mengambil masa yang panjang. Namun demikian bagi yang sudah mahir, ia dapat disiap dalam masa 3 hingga 5 bulan.


Contoh barangan tradisional masyarakat Punan yang turut ditusuk dengan manik. Sekarang barang ini dijadikan hiasan sahaja. Selain ini, diguna bersama pakaian tradisional supaya lengkap pakaiannya.



Rantai yang turut dtusuk dari manik. Untuk pengetahuan umum, rantai ini adalah barang turun temurun masyarakat Punan. Ia adalah manik lama dan sangat berharga bagi mereka.


Topi yang akan dipakai bersama pakaian tradisional sama ada lelaki dan perempuan. Tanpa topi ini, maka tidak lengkap lah pakaian mereka.

Ini juga merupakan barangan lama bagi masyarakat Punan. Dahulu nya, diguna untuk menentang musuh mereka.

Tarian

Bahasa Malayu --->Bahasa Punan \(^0^)v

Cermin = Slamay
Bantal = Tagu
Nasi = Kun
Lauk = Laylo
Ayam = Yuow
Kucing = Ngauw
Anjing = Auu
Ular = Esai
Semut = Ula
Monyet = Kuyat
Burung = Janei
Babi = Bavui
Anak babi = Uting
Jatuh = Blavu

^^ akan bersambung~

Monday, 5 September 2011

Makanan tradisional masyarakat Punan


Ini adalah pokok sagu atau pokok Rumbia. Ia memberi sumber makanan kepada masyarakat Punan dahulu. Dari pokok ini lah tepung sagu terhasil dan 'ulat sagu' diperolehi. Proses untuk membuat sagu ini saya kurang arif..hee.. Ulat sagu nya pula dapat diperolehi di batang pokok rumbia yang telah ditebang dan di biar kan selama sebulan kalau tidak silap saya lah.. ^^


Ini lah makanan tradisional masyarakat Punan dahulu. Makanan ini dikenali sebagai 'No-O' atau 'Linut' oleh orang Punan. 'No-O' ini lah merupakan makanan utama dan kesukaan bagi mereka. Biasanya, masyarakat Punan makan 'No-O' ini dengan kuah sambal atau kuah makanan yang lain. Keistimewaan nya, mereka makan 'No-O' ini secara beramai-ramai.


Ini adalah sumber atau 'ulat sagu' yang dapat di perolehi di dalam batang pokok rumbia. Ia juga merupakan makanan masyarakat Punan.



Bahasa Melayu --> bahasa Punan yang seterusnya~ ^^

Malu = Menyak
Letih = May'tut
Suka/Cinta = Milok
Rindu = On-yut
Botol = Butun
Buku = Bup/Surat
Datuk = Akek 'a'lei
Nenek = Akek Oro
Bapak = Oman
Mak = Inan
Ketawa = Mowang
Sudu = Siro
Cawan = Cup
Gelas = Galai

hee~ selamat mencuba!! akan bersambung di post yang akan datang.. ^^