Voting Rating: 4.5 / 56 votes Vote: 12345 Similar

Tuesday, 6 September 2011

Pakaian dan barang-barang tradisional masyarakat Punan

Ini adalah gambar pakaian tradisional masyarakat Punan bagi lelaki dan juga perempuan. Kita dapat lihat bahawa semua pakaian orang ulu adalah sama. Sebenarnya, perbezaannya dapat dilihat melalui corak manik pada pakaian tersebut.

Ini pula adalah selendang yang dibuat dari manik-manik yang berwarna-warni. Selendang ini biasanya diguna bersama pakaian tradisional pada bahagian bahu. Proses membuat nya adalah mengambil masa yang panjang. Namun demikian bagi yang sudah mahir, ia dapat disiap dalam masa 3 hingga 5 bulan.


Contoh barangan tradisional masyarakat Punan yang turut ditusuk dengan manik. Sekarang barang ini dijadikan hiasan sahaja. Selain ini, diguna bersama pakaian tradisional supaya lengkap pakaiannya.



Rantai yang turut dtusuk dari manik. Untuk pengetahuan umum, rantai ini adalah barang turun temurun masyarakat Punan. Ia adalah manik lama dan sangat berharga bagi mereka.


Topi yang akan dipakai bersama pakaian tradisional sama ada lelaki dan perempuan. Tanpa topi ini, maka tidak lengkap lah pakaian mereka.

Ini juga merupakan barangan lama bagi masyarakat Punan. Dahulu nya, diguna untuk menentang musuh mereka.

Tarian

Bahasa Malayu --->Bahasa Punan \(^0^)v

Cermin = Slamay
Bantal = Tagu
Nasi = Kun
Lauk = Laylo
Ayam = Yuow
Kucing = Ngauw
Anjing = Auu
Ular = Esai
Semut = Ula
Monyet = Kuyat
Burung = Janei
Babi = Bavui
Anak babi = Uting
Jatuh = Blavu

^^ akan bersambung~

Monday, 5 September 2011

Makanan tradisional masyarakat Punan


Ini adalah pokok sagu atau pokok Rumbia. Ia memberi sumber makanan kepada masyarakat Punan dahulu. Dari pokok ini lah tepung sagu terhasil dan 'ulat sagu' diperolehi. Proses untuk membuat sagu ini saya kurang arif..hee.. Ulat sagu nya pula dapat diperolehi di batang pokok rumbia yang telah ditebang dan di biar kan selama sebulan kalau tidak silap saya lah.. ^^


Ini lah makanan tradisional masyarakat Punan dahulu. Makanan ini dikenali sebagai 'No-O' atau 'Linut' oleh orang Punan. 'No-O' ini lah merupakan makanan utama dan kesukaan bagi mereka. Biasanya, masyarakat Punan makan 'No-O' ini dengan kuah sambal atau kuah makanan yang lain. Keistimewaan nya, mereka makan 'No-O' ini secara beramai-ramai.


Ini adalah sumber atau 'ulat sagu' yang dapat di perolehi di dalam batang pokok rumbia. Ia juga merupakan makanan masyarakat Punan.



Bahasa Melayu --> bahasa Punan yang seterusnya~ ^^

Malu = Menyak
Letih = May'tut
Suka/Cinta = Milok
Rindu = On-yut
Botol = Butun
Buku = Bup/Surat
Datuk = Akek 'a'lei
Nenek = Akek Oro
Bapak = Oman
Mak = Inan
Ketawa = Mowang
Sudu = Siro
Cawan = Cup
Gelas = Galai

hee~ selamat mencuba!! akan bersambung di post yang akan datang.. ^^ 

Tuesday, 23 August 2011

Adat Resam masyarakat punan


Masyarakat punan mempunyai satu Upacara tradisi yang dikenali sebagai 'Bungan'. Bungan  biasa nya diadakan apabila merayakan hari-hari kebesaran. Contohnya, menyambut hari gawai dayak. Selain itu, mereka juga mengadakan bungan apabila ingin mengubati atau ada sesuatu bencana berlaku. Lebih - lebih lagi mereka yang belum menganuti sebarang agama (animisme ).

Friday, 12 August 2011

Sambungan Bahasa Melayu ---> Bahasa Punan \(^O^)v

macam biasa, ejaan adalah berdasar sebutannya ~ v( O u O)3
Meja = Mijak
Air = Danum
Hidung = Uruong
Mulut = Bovak
Gigi = Nyipay
Tangan = Longngo
Kuku = Ilu
Kaki = Beti ( sebutan seperti menyebut nama --> 'Betty' )
Perut = Buray
Telinga = Tuning
Mata = Mato
Rambut = Ivuk
Duduk = Muruong
Sakit = Payro
Hendak = Miap
Bersambung dilaman akan datang ~<3 ^^

Keunikan masyarakat punan

Tiang Kelirieng didirikan untuk bangsawan Punan di Pandan atau PEDAN yang lebih dikenali sebagai untuk Punan. Kelirieng adat perkuburan purba yang unik Punan yang etnik lain iaitu Kejaman, Lahanan, Kayan kemudian diterima pakai (disalin). Melalui pengetahuan saya, Tiang Kelirieng ini adalah kubur lama masyarakat punan. 
Menurut kepercayaan masyarakat punan, apabila ada kematian berlaku dalam sesebuah keluarga, mayat akan disimpan selama 7 hari. Sepanjang tempoh tersebut, upacara ritual akan dijalan kan. <-- adalah keunikan masyarakat dari segi adat resam nya..
Selain itu, bagi  masyarakat punan mempercyai bahawa, bertindik telinga bagi perempuan adalah melambangkan kecantikan. Mereka bukan sahaja menindik telinga  begitu sahaja, malah mereka menggunakan kepingan tembaga untuk memanjang kan cuping telinga. Ini bukan sahaja dilakukan oleh kaum perempuan sahaja, tetapi kaum lelaki juga.. 

Tuesday, 9 August 2011

Bahasa Malayu --->Bahasa Punan ^_^


Ejaan ni saya taip ikut sebutan dan bunyi nya. Supaya senang untuk yang ingin mengetahui.. \c(^_^)v
Kamu = Nu, Kuow
Saya = Uwak
Mereka = Dopat
Kamu orang = Komo
Dia = Ein
Perempuan = Oro
Lelaki = Elei ('E'--> sebutan 'A')
Makan = Koman
Tidur = Turui
Mahu = Miyap
Baju = Bajuow
Seluar = Sluwien
Air = Danum
Cantik = Jiak
Muka = Silung

Ini dahulu yang saya post kan ya ~

Saturday, 2 July 2011

Asal usul masyarakat Punan


Punan Bah atau Punan merupakan kumpulan etnik yang ditemui di Sarawak, Malaysia. Mereka adalah berbeza, tiada kaitan dengan kaum Penan dan juga Punan lain yang ditemui di Kalimantan Indonesia bahagian Borneo. Nama mereka berasal dari dua sungai di sepanjang tebing yang mereka telah hidup zaman berzaman. Mereka mempunyai nama lain - Mikuang Bungulan atau Mikuang dan Aveang Buan.

Punan adalah sebuah masyarakat yang berlapis daripada 'laja' (bangsawan), 'panyen' (biasa), dan 'lipen' (hamba). Ini adalah fakta sejarah yang menentukan tradisi mereka yang telah dipelihara. Sama seperti kebanyakan sejarah Eropah Tengah Zaman dikaitkan dengan dan terutamanya berkenaan dengan raja-raja yang memerintah pelbagai Negara. Begitu juga dengan tradisi sejarah dan mitos Punan berkait rapat dengan keputusan golongan bangsawan.

Masyarakat punan (Punan Bah) tidak mengembara. Pada zaman dahulu, sektor ekonomi masyarakat punan  tidak terhad kepada satu aktiviti sahaja. Contohnya  bertani seperti  menanam padi bukit sebagai tanaman utama, dan pelbagai tumbuh-tumbuhan tropical; tebu, ubi kayu, tembakau, sireh. Aktiviti memburu juga turut menjadi sumber ekonomi mereka, kebiasaannya memburu babi liar. Oleh kerana tinggal di tepi sungai Batang Rajang, mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul sumber hutan seperti rotan dan sebagainya.

Ini adalah logo persatuan bagi masyarakat punan yang baru ditubuhkan.