Ini adalah gambar pakaian tradisional masyarakat Punan bagi lelaki dan juga perempuan. Kita dapat lihat bahawa semua pakaian orang ulu adalah sama. Sebenarnya, perbezaannya dapat dilihat melalui corak manik pada pakaian tersebut.
Ini pula adalah selendang yang dibuat dari manik-manik yang berwarna-warni. Selendang ini biasanya diguna bersama pakaian tradisional pada bahagian bahu. Proses membuat nya adalah mengambil masa yang panjang. Namun demikian bagi yang sudah mahir, ia dapat disiap dalam masa 3 hingga 5 bulan.
Contoh barangan tradisional masyarakat Punan yang turut ditusuk dengan manik. Sekarang barang ini dijadikan hiasan sahaja. Selain ini, diguna bersama pakaian tradisional supaya lengkap pakaiannya.
Rantai yang turut dtusuk dari manik. Untuk pengetahuan umum, rantai ini adalah barang turun temurun masyarakat Punan. Ia adalah manik lama dan sangat berharga bagi mereka.
Topi yang akan dipakai bersama pakaian tradisional sama ada lelaki dan perempuan. Tanpa topi ini, maka tidak lengkap lah pakaian mereka.
Ini juga merupakan barangan lama bagi masyarakat Punan. Dahulu nya, diguna untuk menentang musuh mereka.
Tarian