Voting Rating: 4.5 / 56 votes Vote: 12345 Similar

Tuesday 23 August 2011

Adat Resam masyarakat punan


Masyarakat punan mempunyai satu Upacara tradisi yang dikenali sebagai 'Bungan'. Bungan  biasa nya diadakan apabila merayakan hari-hari kebesaran. Contohnya, menyambut hari gawai dayak. Selain itu, mereka juga mengadakan bungan apabila ingin mengubati atau ada sesuatu bencana berlaku. Lebih - lebih lagi mereka yang belum menganuti sebarang agama (animisme ).

Friday 12 August 2011

Sambungan Bahasa Melayu ---> Bahasa Punan \(^O^)v

macam biasa, ejaan adalah berdasar sebutannya ~ v( O u O)3
Meja = Mijak
Air = Danum
Hidung = Uruong
Mulut = Bovak
Gigi = Nyipay
Tangan = Longngo
Kuku = Ilu
Kaki = Beti ( sebutan seperti menyebut nama --> 'Betty' )
Perut = Buray
Telinga = Tuning
Mata = Mato
Rambut = Ivuk
Duduk = Muruong
Sakit = Payro
Hendak = Miap
Bersambung dilaman akan datang ~<3 ^^

Keunikan masyarakat punan

Tiang Kelirieng didirikan untuk bangsawan Punan di Pandan atau PEDAN yang lebih dikenali sebagai untuk Punan. Kelirieng adat perkuburan purba yang unik Punan yang etnik lain iaitu Kejaman, Lahanan, Kayan kemudian diterima pakai (disalin). Melalui pengetahuan saya, Tiang Kelirieng ini adalah kubur lama masyarakat punan. 
Menurut kepercayaan masyarakat punan, apabila ada kematian berlaku dalam sesebuah keluarga, mayat akan disimpan selama 7 hari. Sepanjang tempoh tersebut, upacara ritual akan dijalan kan. <-- adalah keunikan masyarakat dari segi adat resam nya..
Selain itu, bagi  masyarakat punan mempercyai bahawa, bertindik telinga bagi perempuan adalah melambangkan kecantikan. Mereka bukan sahaja menindik telinga  begitu sahaja, malah mereka menggunakan kepingan tembaga untuk memanjang kan cuping telinga. Ini bukan sahaja dilakukan oleh kaum perempuan sahaja, tetapi kaum lelaki juga.. 

Tuesday 9 August 2011

Bahasa Malayu --->Bahasa Punan ^_^


Ejaan ni saya taip ikut sebutan dan bunyi nya. Supaya senang untuk yang ingin mengetahui.. \c(^_^)v
Kamu = Nu, Kuow
Saya = Uwak
Mereka = Dopat
Kamu orang = Komo
Dia = Ein
Perempuan = Oro
Lelaki = Elei ('E'--> sebutan 'A')
Makan = Koman
Tidur = Turui
Mahu = Miyap
Baju = Bajuow
Seluar = Sluwien
Air = Danum
Cantik = Jiak
Muka = Silung

Ini dahulu yang saya post kan ya ~